26 Jun 2009

PDIG MODUL 1/3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA DAN NEGARA

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA DAN NEGARA
NOR SALEHA BINTI MANAP
NOORAZLINA BINTI HUSSIN

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1.Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.

2.Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

3.Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4.Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5.Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6.Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA

1.Membina masyarakat pelajar yang berilmu pengetahuan.
-Dalam gelombang arus yang semakin rancak, pelajar perlu dipersiapkan dengan pelbagai ilmu.

2.Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi seorang pemikir Islam yang tersohor dan disegani pernah berkata bahwa generasi belia yang berilmu, berakhlak dan berhemah tinggi akan dapat membentuk sebuah negara yang maju serta aman makmur .

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

3.Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

WF Connell (1972) membedakan tujuh peran seorang guru iaitu (1) pendidik (nurturer), (2) model, (3) pengajar dan pembimbing, (4) pelajar (learner), (5) komunikator terhadap masyarakat setempat, (6) pekerja administrasi, serta (7) kesetiaan terhadap lembaga.
Peranan guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru diharapkan dapat berperanan aktif dalam pembangunan di segala bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya.

Dalam perspektif perubahan sosial, guru yang baik tidak saja
harus mampu melaksanakan tugas profesionalnya di dalam kelas,
namun harus pula berperan melaksanakan tugas-tugas pembelajaran
di luar kelas atau di dalam masyarakat. Hal tersebut sesuai
pula dengan kedudukan mereka sebagai agent of change yang
berperan sebagai inovator, motivator dan fasilitator terhadap
kemajuan serta pembaharuan.

Dalam masyarakat, guru adalah sebagai pemimpin yang
menjadi panutan atau teladan serta contoh (reference) bagi masyarakat
sekitar. Mereka adalah pemegang norma dan nilai-nilai yang
harus dijaga dan dilaksanakan. Ini dapat kita lihat bahwa betapa
ucapan guru dalam masyarakat sangat berpengaruh terhadap
orang lain.

4. Memupuk semangat kecintaan kepada negara di kalangan pelajar.
Walaupun kita sudah merdeka 51 tahun , semangat patriotisme perlu disemai di hati setiap pelajar. Semangat kecintaan dan berbangga dengan negara perlu dipupuk kerana generasi sekarang ialah anak lepas merdeka.

5.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni (Tun Abdullah Ahmad Badawi)

6. Guru sebagai pembina negara bangsa.
Fokus kementerian dalam membina negara bangsa mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan