PENGURUSAN TEKANAN
DISEDIAKAN OLEH:
NURZUHAILAH BINTI MOHD RUSLAN, MASYITOH BINTI IBRAHIM, MARDHIANA BINTI JALIL
Sekiranya anda mengalami tekanan dalam tugasan harian, apakah langkah yang akan anda ambil untuk menangani tekanan tersebut?
DEFINISI
Tekanan:
Tindakbalas psikologi dan fizikal kepada diri individu apabila individu itu tidak
dapat menyeimbangkan tugas atau tanggungjawab dengan keupayaan dirinya.
Tekanan boleh bersifat positif dan juga negatif.
-Tekanan Positif boleh merangsang tindakan
–Tekanan Negatif boleh menggagalkan tindakan
Contoh Tekanan Dalam Tugasan Harian
-Menghadapi murid nakal dan bising.
-Pihak pentadbiran.
-Kerja tambahan terlalu banyak; menanda kertas peperiksaan, perlantikan jawatan.
-Aktiviti sekolah setiap hari Sabtu; mengganggu urusan peribadi dan mengganggu masa rehat.
Langkah- langkah menangani tekanan
•Bersikap realistik terhadap kerjaya
•Rancang Kerja
•Tingkatkan penyelesaian masalah
•Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja
•Amalan komunikasi yang berkesan di tempat kerja
•Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
•Amalan Hidup Sihat
Bersikap realistik terhadap kerjaya
Contoh: Ditegur oleh guru besar kerana tidak dapat mengawal kelas
Akui kekuatan dan kelemahan diri kita
Bersikap positif & terbuka atas teguran
Berusaha melakukan dengan lebih baik dan semampu yang boleh
Berlapang dada dengan masalah yang dihadapi dalam kerjaya
Rancang Kerja Anda
Contoh: Jawatan-jawatan yang disandang mengganggu tugas utama
Kendali masa dengan lebih bijak dan teratur
Pilih kerjaya yang lebih utama
Pelihara diri dari sikap bertangguh kerja
Elakkan membawa sebarang tugasan pulang ke rumah.
Tingkatkan penyelesaian masalah
contoh:Keputusan peperiksaan murid rendah
Melihat masalah secara rasional
Rancang penyelesaian dengan mencari pendekatan yang sesuai seperti:
latih tubi
memberi motivasi kepada murid-murid
Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja
Contoh: rasa bosan dengan suasana sekolah.
Membetulkan niat
Bersikap terbuka terhadap perubahan yang berlaku
Bertolak ansur antara rakan sekerja
Amalan komunikasi yang berkesan di tempat kerja
Contoh : menjadi mangsa umpatan atau fitnah guru.
Luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas, dan jelas
Menghormati pandangan rakan sekerja
Amalkan sikap tegas, tidak agresif malah rasional.
Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
Contoh; diberi jawatan yang perlukan kerjasama dan sokongan semua guru.
Wujudkan ikatan persahabatan antara rakan sejawat
Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani masalah; PIBG
Berkongsi masalah dengan orang yang sudi mendengar
Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
Amalan Hidup Sihat
Contoh: rasa lemah, lesu dan tidak bersemangat semasa bekerja.
Luangkan masa untuk beribadah
Dapatkan tidur yang mencukupi
Sentiasa bersenam dan menjalankan hobi yang menyeronokkan; memancing
Jauhi dari arak, rokok dan dadah
Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama
KESIMPULAN
Tekanan kerja berlaku kepada setiap individu.
Kita perlu menghadapinya dalam menguruskan kehidupan kita.
Kita perlukan sedikit tekanan kerja untuk meningkatkan daya produktiviti tetapi tekanan yang berlebihan boleh memberikan kesan negatif kepada mental kita.
Oleh itu, tekanan perlu diuruskan dengan bijak.
PENUTUP
"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
26 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan