27 Jun 2009

PDIG MODUL1/3 (7) TEKANAN YANG DIHADAPI DI SEKOLAH

TEKANAN YANG DIHADAPI DI SEKOLAH
Hashimah Binti Hashim Dan Ummu Khair Binti Ahmad


PENGENALAN:
Manusia tidak dapat lari dari berhadapan dengan tekanan. Begitu juga dengan seorang pendidik. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang pendidik itu menghadapi tekanan. Ini bersesuaian dengan tugas dan cabaran profesion perguruan masa kini dan sebelumnya. Apabila seseorang telah terjun ke bidang ini, mahu tidak mahu segala onak dan cabaran perlu ditempuhi. Bak kata pepatah, “kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Apabila bidang perguruan telah menjadi pilihan maka, bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”.

Konsep tekanan:
Tekanan dapat didefinisikan sebagai tindak balas psikologi dan fizikal kepada diri individu apabila individu itu tidak dapat menseimbangkan tugas atau tanggungjawab dengan keupayaan diri. Tekanan boleh dikatakan sebagai gangguan minda dan emosi yang dimanifestasikan dalam bentuk tingkah laku, gangguan kesihatan dan kegagalan melaksanakan tugas.

TEKANAN DIHADAPI DI SEKOLAH

1. PENTADBIRAN:
-Kegagalan pihak sekolah memahami perasaan guru pelatih seperti kami.
-Tanggapan negatif sesetengah daripada mereka.
-Pentadbiran sendiri telah melabelkan status pangkat kami dalam perkhidmatan awam. Contoh: Tidak ramai yang DG41 maka, kami yang DG 41 janganlah rasa diri sendiri itu hebat. Nilain meraka pada pengalaman.

2. GURU-GURU@STAF:
-Sikap guru yang tiada kerjasama, contoh:tasmik
-Jarang masuk dan lewat masuk ke kelas.
-Tanggapan negatif kepada kami yang memasuki ke sekolah dengan DG41.
-Guru-guru mempunyai kumpulan @group tersendiri(klik-klik).
-Persepi guru-guru dengan meletakkan tanggungjawab mendidik akhlak murid-murid pada guru-guru agama sahaja.
-Pergaulan yang terbatas dengan guru-guru yang bergelar “datin”.

3. MURID-MURID:
-Murid-murid dahulu dan sekarang berbeza.
-Masalah disiplin pelajar. (lari dari tasmik)
-Sikap dan tingkahlaku mereka apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.
-Mereka terus menunjukkan sikap yang kurang sopan tanpa memikirkan perasaan guru. (protes secara langsung)

4. Bebanan kerja:
-Tugasan yang tidak jelas dan tidak sepatutnya. (buat no. bil di buku besar sekolah) tugas tersebut adalah tugas kerani.
-Menyiapkan tugasan yang diberi oleh bahagian pendidikan j-QAF (e-laporan)
-Kekangan masa
-Menguruskan hal ehwal rumah tangga. Dalam masa yang sama menguruskan perihal sekolah.

5. AKTIVITI KO-KURIKULUM:
-Aktiviti ko-kurikulum yang padat.
-Menjadi tekanan ketika kami terpaksa pulang pada jam 7 malam semata-mata -menunggu permainan yang dipertandingkan. Sepatutnya boleh disambung pada keesokkan harinya.
-Menguruskan murid dan aktiviti ko-kurikulum mengikut bidang.
-Tindakkan sewajarnya: GPK Ko-kurikulum perlu menjaga kebajikan guru-guru agar guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab yang lain dan bukan tertumpu pada 1 perkara sahaja.

6. KEWANGAN:
-Ini berlaku ketika mana kami berada tiga bulan pertama disekolah.
-Terdapat guru yang kurang memahami keadaan kami yang sanggup meminta kami membayar yuran kelab staf
-Membeli peralatan untuk mengajar
-Harga makanan di kantin membebankan
-Ini amat-amat menggangu emosi kami. Mujurlah Islam menganjurkan puasa sunat. Maka kami dapat mengatasi masalah ini dengan hati yang tenang.

7. MASALAH PERIBADI:
-Kami tidak dapat lari dari membawa masalah peribadi ke sekolah.
-Melepaskan tekanan tersebut kepada murid-murid
-Seorang guru yang professional tidak akan mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja.
-Langkah yang perlu diambil ialah bersikap profesional, rasional dan berlapang dada dalam menangani maslah peribadi apabila bersama murid.

8. PERSEKITARAN:
Kebersihan sekolah dan bilik darjah. Terutama selepas waktu rehat.
Kekurangan alat bantuan mengajar dan infrastuktur sekolah
Kesesakkan lalu lintas yang berlaku dihadapan sekolah.
Kebersihan kantin

SARANAN SEBAGAI SEORANG PENDIDIK:
Berusahalah menangani tekanan hidup agar ia tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada anak-anak didik kita

KESIMPULAN:

Setiap satu masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Kita perlu mengenal pasti apakah jenis masalah tersebut dan mencari punca kepada permaslahan yang berlaku. Ini akan membantu seseorang itu menangani masalah tesebut.

Pengurusan tekanan yang selaras dengan punca penyebabnya akan membantu mengurangkan tekanan tersebut sekaligus meningkatkan prestasi kerjaya dan kesejahteraan hidup.