TEKANAN YANG DIHADAPI DI SEKOLAH
Hashimah Binti Hashim Dan Ummu Khair Binti Ahmad
PENGENALAN:
Manusia tidak dapat lari dari berhadapan dengan tekanan. Begitu juga dengan seorang pendidik. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang pendidik itu menghadapi tekanan. Ini bersesuaian dengan tugas dan cabaran profesion perguruan masa kini dan sebelumnya. Apabila seseorang telah terjun ke bidang ini, mahu tidak mahu segala onak dan cabaran perlu ditempuhi. Bak kata pepatah, “kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai”. Apabila bidang perguruan telah menjadi pilihan maka, bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan “Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan”.
Konsep tekanan:
Tekanan dapat didefinisikan sebagai tindak balas psikologi dan fizikal kepada diri individu apabila individu itu tidak dapat menseimbangkan tugas atau tanggungjawab dengan keupayaan diri. Tekanan boleh dikatakan sebagai gangguan minda dan emosi yang dimanifestasikan dalam bentuk tingkah laku, gangguan kesihatan dan kegagalan melaksanakan tugas.
TEKANAN DIHADAPI DI SEKOLAH
1. PENTADBIRAN:
-Kegagalan pihak sekolah memahami perasaan guru pelatih seperti kami.
-Tanggapan negatif sesetengah daripada mereka.
-Pentadbiran sendiri telah melabelkan status pangkat kami dalam perkhidmatan awam. Contoh: Tidak ramai yang DG41 maka, kami yang DG 41 janganlah rasa diri sendiri itu hebat. Nilain meraka pada pengalaman.
2. GURU-GURU@STAF:
-Sikap guru yang tiada kerjasama, contoh:tasmik
-Jarang masuk dan lewat masuk ke kelas.
-Tanggapan negatif kepada kami yang memasuki ke sekolah dengan DG41.
-Guru-guru mempunyai kumpulan @group tersendiri(klik-klik).
-Persepi guru-guru dengan meletakkan tanggungjawab mendidik akhlak murid-murid pada guru-guru agama sahaja.
-Pergaulan yang terbatas dengan guru-guru yang bergelar “datin”.
3. MURID-MURID:
-Murid-murid dahulu dan sekarang berbeza.
-Masalah disiplin pelajar. (lari dari tasmik)
-Sikap dan tingkahlaku mereka apabila tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara.
-Mereka terus menunjukkan sikap yang kurang sopan tanpa memikirkan perasaan guru. (protes secara langsung)
4. Bebanan kerja:
-Tugasan yang tidak jelas dan tidak sepatutnya. (buat no. bil di buku besar sekolah) tugas tersebut adalah tugas kerani.
-Menyiapkan tugasan yang diberi oleh bahagian pendidikan j-QAF (e-laporan)
-Kekangan masa
-Menguruskan hal ehwal rumah tangga. Dalam masa yang sama menguruskan perihal sekolah.
5. AKTIVITI KO-KURIKULUM:
-Aktiviti ko-kurikulum yang padat.
-Menjadi tekanan ketika kami terpaksa pulang pada jam 7 malam semata-mata -menunggu permainan yang dipertandingkan. Sepatutnya boleh disambung pada keesokkan harinya.
-Menguruskan murid dan aktiviti ko-kurikulum mengikut bidang.
-Tindakkan sewajarnya: GPK Ko-kurikulum perlu menjaga kebajikan guru-guru agar guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawab yang lain dan bukan tertumpu pada 1 perkara sahaja.
6. KEWANGAN:
-Ini berlaku ketika mana kami berada tiga bulan pertama disekolah.
-Terdapat guru yang kurang memahami keadaan kami yang sanggup meminta kami membayar yuran kelab staf
-Membeli peralatan untuk mengajar
-Harga makanan di kantin membebankan
-Ini amat-amat menggangu emosi kami. Mujurlah Islam menganjurkan puasa sunat. Maka kami dapat mengatasi masalah ini dengan hati yang tenang.
7. MASALAH PERIBADI:
-Kami tidak dapat lari dari membawa masalah peribadi ke sekolah.
-Melepaskan tekanan tersebut kepada murid-murid
-Seorang guru yang professional tidak akan mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja.
-Langkah yang perlu diambil ialah bersikap profesional, rasional dan berlapang dada dalam menangani maslah peribadi apabila bersama murid.
8. PERSEKITARAN:
Kebersihan sekolah dan bilik darjah. Terutama selepas waktu rehat.
Kekurangan alat bantuan mengajar dan infrastuktur sekolah
Kesesakkan lalu lintas yang berlaku dihadapan sekolah.
Kebersihan kantin
SARANAN SEBAGAI SEORANG PENDIDIK:
Berusahalah menangani tekanan hidup agar ia tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada anak-anak didik kita
KESIMPULAN:
Setiap satu masalah itu ada jalan penyelesaiannya. Kita perlu mengenal pasti apakah jenis masalah tersebut dan mencari punca kepada permaslahan yang berlaku. Ini akan membantu seseorang itu menangani masalah tesebut.
Pengurusan tekanan yang selaras dengan punca penyebabnya akan membantu mengurangkan tekanan tersebut sekaligus meningkatkan prestasi kerjaya dan kesejahteraan hidup.
26 Jun 2009
PDIG MODUL 1/3 (5) MENANGANI TEKANAN DI SEKOLAH
PENGURUSAN TEKANAN
DISEDIAKAN OLEH:
NURZUHAILAH BINTI MOHD RUSLAN, MASYITOH BINTI IBRAHIM, MARDHIANA BINTI JALIL
Sekiranya anda mengalami tekanan dalam tugasan harian, apakah langkah yang akan anda ambil untuk menangani tekanan tersebut?
DEFINISI
Tekanan:
Tindakbalas psikologi dan fizikal kepada diri individu apabila individu itu tidak
dapat menyeimbangkan tugas atau tanggungjawab dengan keupayaan dirinya.
Tekanan boleh bersifat positif dan juga negatif.
-Tekanan Positif boleh merangsang tindakan
–Tekanan Negatif boleh menggagalkan tindakan
Contoh Tekanan Dalam Tugasan Harian
-Menghadapi murid nakal dan bising.
-Pihak pentadbiran.
-Kerja tambahan terlalu banyak; menanda kertas peperiksaan, perlantikan jawatan.
-Aktiviti sekolah setiap hari Sabtu; mengganggu urusan peribadi dan mengganggu masa rehat.
Langkah- langkah menangani tekanan
•Bersikap realistik terhadap kerjaya
•Rancang Kerja
•Tingkatkan penyelesaian masalah
•Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja
•Amalan komunikasi yang berkesan di tempat kerja
•Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
•Amalan Hidup Sihat
Bersikap realistik terhadap kerjaya
Contoh: Ditegur oleh guru besar kerana tidak dapat mengawal kelas
Akui kekuatan dan kelemahan diri kita
Bersikap positif & terbuka atas teguran
Berusaha melakukan dengan lebih baik dan semampu yang boleh
Berlapang dada dengan masalah yang dihadapi dalam kerjaya
Rancang Kerja Anda
Contoh: Jawatan-jawatan yang disandang mengganggu tugas utama
Kendali masa dengan lebih bijak dan teratur
Pilih kerjaya yang lebih utama
Pelihara diri dari sikap bertangguh kerja
Elakkan membawa sebarang tugasan pulang ke rumah.
Tingkatkan penyelesaian masalah
contoh:Keputusan peperiksaan murid rendah
Melihat masalah secara rasional
Rancang penyelesaian dengan mencari pendekatan yang sesuai seperti:
latih tubi
memberi motivasi kepada murid-murid
Mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja
Contoh: rasa bosan dengan suasana sekolah.
Membetulkan niat
Bersikap terbuka terhadap perubahan yang berlaku
Bertolak ansur antara rakan sekerja
Amalan komunikasi yang berkesan di tempat kerja
Contoh : menjadi mangsa umpatan atau fitnah guru.
Luahkan pendapat anda dengan sopan, tegas, dan jelas
Menghormati pandangan rakan sekerja
Amalkan sikap tegas, tidak agresif malah rasional.
Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
Contoh; diberi jawatan yang perlukan kerjasama dan sokongan semua guru.
Wujudkan ikatan persahabatan antara rakan sejawat
Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekerja di dalam menangani masalah; PIBG
Berkongsi masalah dengan orang yang sudi mendengar
Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah.
Amalan Hidup Sihat
Contoh: rasa lemah, lesu dan tidak bersemangat semasa bekerja.
Luangkan masa untuk beribadah
Dapatkan tidur yang mencukupi
Sentiasa bersenam dan menjalankan hobi yang menyeronokkan; memancing
Jauhi dari arak, rokok dan dadah
Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama
KESIMPULAN
Tekanan kerja berlaku kepada setiap individu.
Kita perlu menghadapinya dalam menguruskan kehidupan kita.
Kita perlukan sedikit tekanan kerja untuk meningkatkan daya produktiviti tetapi tekanan yang berlebihan boleh memberikan kesan negatif kepada mental kita.
Oleh itu, tekanan perlu diuruskan dengan bijak.
PENUTUP
"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

PDIG MODUL 1/3 PERANAN GURU DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH
PERANAN GURU DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH
ASMAWATI, JUWAIRIAH, MAHANI
PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.
PERANAN GURU DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH DARI SEGI AKADEMIK IALAH :
-Mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid.
-Mengadakan seminar / motivasi di peringkat sekolah.
-Membuat pertandingan-pertandingan dikalangan murid, seperti kuiz, bijak sifir dll.
-Mengadakan “Minggu Bahasa” di sekolah.
-Menganjurkan lawatan sambil belajar kepada murid-murid.
-Mengadakan program banyak membaca (NILAM)
-Melatih murid-murid bercakap di khalayak ramai. Contohnya seperti bercerita, sajak, pantun dll.
-Membuat kumpulan mentor mentee
PERANAN GURU DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH DARI SEGI KOKURIKULUM IALAH :
-Mengadakan hari sukan di peringkat sekolah.
-Membuat perkhemahan.
-Mengadakan pertandingan sukan persahabatan dengan sekolah-sekolah lain.
-Menubuhkan kelab-kelab dan persatuan di sekolah.
-Mempelbagaikan aktiviti-aktiviti di dalam kelab dan persatuan seperti merentas desa.
-Melatih murid-murid dalam aktiviti sukan. Contohnya seperti bola jaring, hoki, badminton, bola sepak dan sebagainya.
-Membuat projek membina taman hijau.
-Menubuhkan bilik warisan.
KESIMPULAN
Oleh itu, setiap guru memainkan peranan yang penting dalam memajukan sekolah sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum dan kita sebagai seorang guru, haruslah menitikberatkan apa-apa yang berkaitan dengan sekolah.

PDIG MODUL 1/3 TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA DAN NEGARA
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA DAN NEGARA
NOR SALEHA BINTI MANAP
NOORAZLINA BINTI HUSSIN
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
1.Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2.Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
3.Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4.Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5.Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6.Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP NEGARA
1.Membina masyarakat pelajar yang berilmu pengetahuan.
-Dalam gelombang arus yang semakin rancak, pelajar perlu dipersiapkan dengan pelbagai ilmu.
2.Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Prof. Dr. Yusof Al-Qardawi seorang pemikir Islam yang tersohor dan disegani pernah berkata bahwa generasi belia yang berilmu, berakhlak dan berhemah tinggi akan dapat membentuk sebuah negara yang maju serta aman makmur .
“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”(Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)
3.Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
WF Connell (1972) membedakan tujuh peran seorang guru iaitu (1) pendidik (nurturer), (2) model, (3) pengajar dan pembimbing, (4) pelajar (learner), (5) komunikator terhadap masyarakat setempat, (6) pekerja administrasi, serta (7) kesetiaan terhadap lembaga.
Peranan guru sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru diharapkan dapat berperanan aktif dalam pembangunan di segala bidang yang sedang dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya.
Dalam perspektif perubahan sosial, guru yang baik tidak saja
harus mampu melaksanakan tugas profesionalnya di dalam kelas,
namun harus pula berperan melaksanakan tugas-tugas pembelajaran
di luar kelas atau di dalam masyarakat. Hal tersebut sesuai
pula dengan kedudukan mereka sebagai agent of change yang
berperan sebagai inovator, motivator dan fasilitator terhadap
kemajuan serta pembaharuan.
Dalam masyarakat, guru adalah sebagai pemimpin yang
menjadi panutan atau teladan serta contoh (reference) bagi masyarakat
sekitar. Mereka adalah pemegang norma dan nilai-nilai yang
harus dijaga dan dilaksanakan. Ini dapat kita lihat bahwa betapa
ucapan guru dalam masyarakat sangat berpengaruh terhadap
orang lain.
4. Memupuk semangat kecintaan kepada negara di kalangan pelajar.
Walaupun kita sudah merdeka 51 tahun , semangat patriotisme perlu disemai di hati setiap pelajar. Semangat kecintaan dan berbangga dengan negara perlu dipupuk kerana generasi sekarang ialah anak lepas merdeka.
5.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.
Hari ini masalah nilai menjadi krisis sejagat dan global. Tanpa bimbingan dan asuhan guru, pelajar mudah memilih dan mengamalkan nilai yang bertentangan dengan agama, budaya, adab sopan, moral dan disiplin sekolah. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin menggila memudahkan lagi pelajar terjebak dengan nilai negatif. Di sinilah kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang dapat membina keyakinan, kefahaman, penghayatan dan pengamalan nilai murni (Tun Abdullah Ahmad Badawi)
6. Guru sebagai pembina negara bangsa.
Fokus kementerian dalam membina negara bangsa mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa.

PDIG MODUL 1/3 (3) PENAMPILAN DIRI DALAM KERJAYA GURU
PENAMPILAN DIRI DALAM KERJAYA (GURU)
SITI FAUZIAH BINTI MOHD NOH, AZILAWATI BINTI OMAR, NURSHUHADA BINTI ABD SAMAD
MAKSUD PENAMPILAN
Cara seseorang memperagakan dirinya dari segi fizikal mengikut kesesuaian keadaan.ini bermakna penampilan diri berbeza diantara situasi yang formal dan tidak formal.penampilan diri yang sesuai melambangkan kecekapan seseorang menguruskan diri, menangani keperluan,menampakan kebijaksanaan dan menimbulkan rasa hormat terhadap orang lain.penampilan diri yang berkesan mempengaruhi personaliti individu.
KEPELBAGAIAN PENAMPILAN GURU
-Skop Penampilan Guru
-Mudah jika kita bijak mengunakanya.apa yang perlu dijaga adalah dari segi kekemasan bermula dari potongan rambut hingga pemakaian kasut.
-Tingkah laku dan pertuturan dijaga supaya meninjolkan kesatunan pada diri dan menjadikan kita nampak lebih menarik.
ETIKA PENAMPILAN
Bermaksud penampilan diri atau imej yang positif menjadikan diri kita satu perlaburan yang produktif
KEPENTINGAN PENAMPILAN
Penampilan Guru Kepada Murid
1-Murid akan lebih bersemangat untuk belajar apabila melihat gurunya sentiasa perpakaian kemas dan rapi.
2-Murid akan mendapat penerimaan yang positif daripada guru secara tidak langsung mawujudkan suasana yang kondusif dalam kelas
KOD ETIKA PENAMPILAN KEGURUAN MALAYSIA
- Menunjukkan teladan, cara berpakaian dan tingkah laku yang baik
- Sentiasa memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas
KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA
- Menurut Mok Soon Sang,seseorang guru yang baik mempunyai sifat dan kualiti peribadi berikut:
- Baik hati
- Jenaka
- Bertanggungjawab
- Yakin
- Sabar
- kepimpinan
KESIMPULAN
Penampilan diri profesional menyerlahkan sikap dan perilaku yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersifat positif melalui percakapanya, pakaianya,rambutnya,kasutnya, gayanya,dan sebagainya.

PDIG MODUL 1/3 (2) LATARBELAKANG MEMPENGARUHI SIKAP MURID
LATAR BELAKANG MEMPENGARUHI SIKAP MURID
Zulfahmee bin Mahat, Azilizan bin Nadzir, Muhammad Hasbullah bin Amat, dan Faizul Hidayat bin Abdullah
FAKTOR PERIBADI
-Sikap
-Emosi
-Penampilan diri
-Keluarga
-Kesihatan
-Kewangan
-Pendedahan dan rangsangan
-Media massa
SIKAP
Pelajar yang mempunyai sikap negatif dalam akademik.
Harga diri yang rendah
Kata-kata hinaan dari ibu bapa dan guru.
EMOSI
Suasana rumah tangga.
Kurang kasih sayang.
Pilih kasih
Harga diri yang rendah.
KELUARGA
Latar belakang.
Layanan.
Suasana rumah.
Masalah keluarga.
KEWANGAN KELUARGA
Jumlah pendapatan ibu bapa.
Keluarga kelas atasan, menengah, bawah.
Kekurangan wang (serba kekurangan)
Menjejaskan harga diri.
Berasa kurang yakin dan terhina.
Mengasingkan diri (gemar berseorangan).
FAKTOR PENDEDAHAN DAN RANSANGAN
-Pergaulan.
-Media massa.
-Lawatan
PERGAULAN
Banyak memperolehi dorongan untuk melakukan sesuatu aktiviti.
Bersedia berkerjasama untuk menjayakan sesuatu aktiviti .
Tiada pendedahan ,sukar menguasai sesuatu kemahiran dan mempengaruhi sikap.
MEDIA MASSA
Radio,televisyen.
Merangsang pancaindera ( penglihatan , pendengaran).
Hasil Pemerolehan mempengaruhi sikap seseorang murid.
LAWATAN
Luar kawasan tempat tinggal mereka.
Zoo, muzium, berkelah, melawat keluarga di kampung.
Bertangungjawab, mencintai alam sekitar dan menghargai harta dan nyawa.
AKADEMIK
Pelajar lemah.
Tidak mendapat perhatian guru.
Motivasi .
SOSIAL
Penyalahgunaan dadah.
Delikuensi
Vandalisme

PDIG MODUL 1/3 (1) PUPUK SIKAP POSITIF MURID
INTERAKSI 1
PENYUBURAN DIRI INSAN GURU (PDIG)
AHLI KUMPULAN:
ADNAN, KHAIRUDDIN, MOHD.HAFIZ
Soalan:
Nyatakan langkah-langkah yang sesuai digunakan untuk memupuk sikap positif dalam kalangan anak murid kamu
Langkah memupuk sikap positif dalam kalangan anak murid:
• Pengajaran dan nasihat yang berhikmah
• Memberikan contoh yang baik
• Memberikan galakkan dan rangsangan
• Memberikan ganjaran dan insentif
• Menanamkan sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid
• Menanam sifat amanah di kalangan murid
• Memupuk amalan menghargai masa
• Menjadikan insan yang berwawasan sebagai ikon murid
• Memotivasikan murid
Guru merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ia juga dilihat sebagai faktor terpenting selain daripada faktor murid, suasana pembelajaran , alat bantu mengajar dan sebagainya . Oleh itu guru hendaklah bijaksana memainkan peranannya dalam memupuk sikap positif dalam kalangan murid . Di antara langkah-langkah yang sesuai diaplikasikan untuk memupuk sikap positif dalam kalangan murid ialah :
1. Pengajaran dan nasihat yang berhikmah
Sesuatu pengajaran itu , hendaklah disampaikan dengan menggunakan teknik-teknik yang sesuai disertai dengan nasihat dan cara penyampaian yang berhikmah. Kegagalan seseorang guru memilih teknik penyampaian yang sesuai dengan tahap murid akan mengakibatkan murid-murid gagal memahami mesej yang hendak disampaikan seterusnya merencatkan objektif sesuatu pengajaran mahupun penyampaian .
2 Memberi contoh yang baik
Guru terkadang merupakan ikon atau idola kepada sesetengah murid .Setiap gerak geri guru sering diperhatikan oleh murid dan sebahagiannya akan mencontohi perilaku yang ditunjukkan oleh guru , walaupun adakalanya contoh tersebut bersifat negatif . Ia boleh diibaratkan seperti kata pepatah " seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus " ataupun seperti kata pepatah yang lain " kayu yang bengkok tidak mungkin akan menghasilkan bayang-bayang yang lurus .
3 . Memberi galakan dan rangsangan
• Menjadi fitrah manusia perlukan kepada pujian terutamanya kanak-kanak kecil. Mereka cukup gembira dengan kata-kata pujian yang diungkapkan kepada mereka seperti “pandai awak”,”bagus awak” dan lain. Selain daripada itu, galakan yang berterusan dari sesiapa juga individu dapat memupuk sikap yang positif dalam kalangan murid.
4. Memberikan ganjaran dan insentif
Penghargaan kepada mereka yang berbentuk material sedikit sebanyak membangkitkan motivasi dalam diri mereka dalam apa jua perkara terutamanya kanak-kanak kecil. Menjadi fitrah manusia, mereka perlukan selain daripada penghargaan berbentuk lisan,kepada Mereka cukup gembira dengan penghargaan kepada mereka yang berbentuk material walaupun ianya hanyalah sebatang pensil ataupun ianya hanyalah sebiji gula-gula.
5. Menyemai amalan tegur-menegur
Menyemai sikap serta amalan tegur-menegur adalah satu langkah yang amat baik dalam memupuk sikapa yang positif dalam kalangan murid. Masyarakat kita walaupun bukanlah keseluruhannya jarang yang mengamalkan amalan yang sedemikian. Apabila ada saja jiran atau orang perseorangan yang menegur atau memberitahu tentang perihal anak mereka, mereka lekas melenting dan mengamuk bagaikan gajah naik minyak menafikan berita atau khabar tersebut walaupun mereka telah mengesyakinya. Kenapa tidak mereka berterima kasih kepada jiran ataupun sesiapa saja yang secara sukarela memantau pergerakan anak-anak mereka. Dengan menyemai sikap serta amalan tegur-menegur, sekurang-kurangnya kesalahan dan kelemahan seseorang dapat diperbaiki.
6. Menanam sifat amanah dalam kalangan murid
Sifat amanah ialah satu sifat yang cukup penting bagi membentuk peribadi murid yang positif. Insan yang beramanah tidak perlu kepada pengawalan rapi. Individu yang bersifat amanah melaksanakan tugas masing-masing berdasarkan amanah itu, mereka melakukan apa jua perkara tanpa perlu diawasi atau dipaksa. Sebagai contoh,lembu atau kambing tidak mampu untuk menjaga sesama mereka,tetapi manusialah yang harus menjaga dan mengembala mereka. Begitulah juga perihalnya manusia, manusia tidaka akan mampu untuk menjaga manusia, tetapi ada sesuatu “kuasa” yang mampu mengawal mereka iaitulah takwa ataupun dalam ertikata yang lain,sifat amanahlah yang mampu mengawal manusia.

24 Jun 2009
Jemputan MENDOMINASI blogspot ni...
Langgan:
Catatan (Atom)