26 Jun 2009

PDIG MODUL 1/3 PERANAN GURU DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH

PERANAN GURU DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH
ASMAWATI, JUWAIRIAH, MAHANI

PENDAHULUAN
Menurut Kamus Dewan (1970), ‘guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik.

PERANAN GURU DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH DARI SEGI AKADEMIK IALAH :
-Mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid.
-Mengadakan seminar / motivasi di peringkat sekolah.
-Membuat pertandingan-pertandingan dikalangan murid, seperti kuiz, bijak sifir dll.
-Mengadakan “Minggu Bahasa” di sekolah.
-Menganjurkan lawatan sambil belajar kepada murid-murid.
-Mengadakan program banyak membaca (NILAM)
-Melatih murid-murid bercakap di khalayak ramai. Contohnya seperti bercerita, sajak, pantun dll.
-Membuat kumpulan mentor mentee

PERANAN GURU DALAM MEMAJUKAN SEKOLAH DARI SEGI KOKURIKULUM IALAH :
-Mengadakan hari sukan di peringkat sekolah.
-Membuat perkhemahan.
-Mengadakan pertandingan sukan persahabatan dengan sekolah-sekolah lain.
-Menubuhkan kelab-kelab dan persatuan di sekolah.
-Mempelbagaikan aktiviti-aktiviti di dalam kelab dan persatuan seperti merentas desa.
-Melatih murid-murid dalam aktiviti sukan. Contohnya seperti bola jaring, hoki, badminton, bola sepak dan sebagainya.
-Membuat projek membina taman hijau.
-Menubuhkan bilik warisan.

KESIMPULAN
Oleh itu, setiap guru memainkan peranan yang penting dalam memajukan sekolah sama ada dari segi akademik mahupun kokurikulum dan kita sebagai seorang guru, haruslah menitikberatkan apa-apa yang berkaitan dengan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan